Looking for sponsor for server about RM 500 per year
Sebuah web yang memaparkan petikan terjemahan quran dan hadis.
Gambar dihasilkan menggunakan web Am I Responsive
Asal nasihat web yang ditulis balik dengan nodejs dan mongodb. Sebabnya, sistem pengaturcaraan modular dalam node js ni dapat mengurangkan kod, lalu memudahkan pengurusan.
Untuk repo sebelum ini pun saya dah beritahu, web sekecil nasihat, sepatutnya dibina menggunakan Lumen bukan Laravel.
Jadi tulis semula nasihat guna node.js, Express js dan MongoDB adalah satu tindakan terbaik dan bijak.
Saya menulis segala perkara yang nak dibuat dalam nasihat.todo. Sesiapa yang berminat nak menyumbang boleh tengok fail tersebut.
Selain itu, anda boleh tolong menyelesaikan isu-isu (issue) sekiranya ada.
Untuk menggalakkan orang-orang baru dan yang belum selesa dengan github, saya akan labelkan isu-isu dengan label senang. Jadi kalau anda masih takut-takut nak menyumbang, tolong selesaikan isu label senang je dulu.
Pastikan anda dah install node.js dan mongoDB. Semak dah install ke belum,
node --versiondanmongo --version.
-
Muatturun projek ni.
git clone https://github.com/fakhrullah/nasihati -
Pasang semua dependencies projek.
cd nasihati/ npm install -
Sediakan tetapan fail
config.jsuntuk run di pc anda. Tetapan ini penting untuk mengelakkan web ni run pada port yang sama.cp config.sample.js config.jsKemudian sunting
config.jsikut kesesuaian sendiri. -
Sediakan data asas untuk MongoDB. Fail
nasihat.jsonada dalam root projek direktori. Kalau tak de,git pullyang terbaru.mongoimport --db nasihat --collection nasihats --type json --file nasihat.json -
Mulakan web.
node app.js
Copyright 2016 Fakhrullah Padzil. Licensed under the MIT License.
