Notifications
You must be signed in to change notification settings - Fork 10

browser-history.ftl
69 lines (51 loc) · 11.1 KB

browser-history.ftl
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
# This Source Code Form is subject to the terms of the Mozilla Public
# License, v. 2.0. If a copy of the MPL was not distributed with this
# file, You can obtain one at https://mozilla.org/MPL/2.0/.
### URL: https://www-dev.allizom.org/firefox/browsers/browser-history/
browser-history-browser-history = Sejarah Pelayar: Perebutan kuasa epik yang membawa pelayar moden kepada kita
browser-history-the-browser-wars-underdogs-giants = Pertarungan pelayar, bukan pilihan vs gergasi dan detik yang mengubah dunia. Baca tentang sejarah pelayar web.
browser-history-the-history-of-web = Sejarah Pelayar Web
browser-history-world-history-is = Sejarah dunia dipenuhi dengan perebutan kuasa epik, si zalim yang menakluk dunia dan pasukan bukan pilihan yang menjadi wira. Sejarah pelayar web tidak banyak berbeza. Perintis-perintis universiti telah menulis perisian yang ringkas yang mencetuskan revolusi maklumat dan bertungkus lumus untuk mendapatkan penguasaan pelayar serta pengguna internet.
browser-history-before-web-era = Era Sebelum Web
browser-history-in-1950-computers = Pada tahun 1950, komputer mengambil seluruh ruangan bilik dan lebih teruk daripada kalkulator poket yang ada hari ini. Tetapi kemajuannya cepat dan menjelang tahun 1960 ia dapat menjalankan program yang rumit. Kerajaan dan universiti di seluruh dunia berpendapat tentu lebih baik jika mesin tersebut boleh bercakap, memupuk kerjasama dan membawa kejayaan saintifik yang cemerlang.
# Variables:
# $arpanet (url) - https://en.wikipedia.org/wiki/ARPANET
browser-history-arpanet-was-the = ARPANET merupakan projek rangkaian pertama yang berjaya dan pada tahun 1969, mesej pertama telah dihantar daripada makmal sains komputer di University of California, Los Angeles (UCLA) kepada Stanford Research Institute (SRI), juga di California.
browser-history-that-sparked-a-revolution = Itu telah mencetuskan revolusi dalam rangkaian komputer. Rangkaian baru terbentuk, menghubungkan universiti dan pusat penyelidikan di seluruh dunia. Tetapi untuk 20 tahun yang seterusnya, internet tidak dapat diakses oleh orang ramai. Ia terhad kepada penyelidik universiti dan kerajaan, pelajar serta syarikat swasta. Terdapat puluhan program yang dapat memperdagangkan maklumat melalui talian telefon tetapi tidak ada satu pun yang mudah digunakan. Internet yang benar-benar terbuka dan pelayar web yang pertama hanya dicipta pada tahun 1990.
browser-history-web-era = Era Web
# Variables:
# $cern (url) - https://home.cern/topics/birth-web
browser-history-british-computer = Saintis komputer Britain, Tim Berners-Lee telah mencipta pelayan web dan pelayar web grafik pertama pada tahun 1990 semasa bekerja di CERN, Pertubuhan Eropah untuk Penyelidikan Nuklear, di Switzerland. Dia menamakan tetingkap baru ke internet itu "WorldWideWeb." Ia merupakan antara muka grafik yang mudah digunakan yang dicipta untuk komputer NeXT. Buat pertama kalinya, dokumen teks telah dipautkan bersama melalui rangkaian awam—seperti yang kita kenali sekarang, web.
browser-history-a-year-later-berners = Setahun kemudian, Berners-Lee meminta pelajar matematik CERN, Nicola Pellow untuk menulis Pelayar Mod Baris, sebuah program untuk terminal komputer yang asas.
# Variables:
# $firefox (url) - https://en.wikipedia.org/wiki/Firefox
browser-history-by-1993-the-web = Menjelang tahun 1993, web telah semakin popular. Universiti, kerajaan dan syarikat swasta semuanya melihat peluang dalam internet terbuka. Semua orang memerlukan program komputer yang baru untuk mengaksesnya. Pada tahun itu, Mosaic dicipta di Pusat Kebangsaan Aplikasi Superkomputer (NCSA) di University of Illinois Urbana-Champaign oleh saintis komputer Marc Andreessen. Itulah pelayar web pertama yang popular dan merupakan nenek moyang kepada { -brand-name-mozilla } { -brand-name-firefox }.
# Variables:
# $netscape (url) - https://en.wikipedia.org/wiki/Netscape_(web_browser)
browser-history-ncsa-mosaic-ran = NCSA Mosaic berjalan pada komputer { -brand-name-windows }, mudah digunakan dan memberikan sesiapa sahaja yang mempunyai PC akses kepada laman web awal, ruang sembang dan pustaka gambar. Tahun berikutnya (1994), Andreessen mengasaskan { -brand-name-netscape } dan melancarkan { -brand-name-netscape } Navigator kepada umum. Ia sangat berjaya dan itulah pelayar pertama untuk orang ramai. Ia juga merupakan langkah pertama dalam perang jenis baru bagi pengguna internet.
browser-history-the-browser-wars = Peperangan Pelayar
# Variables:
# $ie (url) - https://en.wikipedia.org/wiki/Internet_Explorer
browser-history-by-1995-netscape = Menjelang tahun 1995, { -brand-name-netscape } Navigator bukan satu-satunya cara untuk masuk ke dalam talian. Gergasi perisian komputer { -brand-name-microsoft } telah melesenkan kod Mosaic dan membina tetingkapnya sendiri ke web iaitu { -brand-name-ie }. Keluaran tersebut mencetuskan peperangan. { -brand-name-netscape } dan { -brand-name-microsoft } bekerja keras untuk membuat versi baru program mereka, masing-masing cuba mengatasi yang lain dengan produk yang lebih pantas dan lebih baik.
# Variables:
# $blink (url) - https://developer.mozilla.org/en-US/docs/Web/HTML/Element/blink
browser-history-netscape-created = { -brand-name-netscape } mencipta dan mengeluarkan JavaScript, yang memberikan keupayaan pengkomputeran yang kuat kepada laman web yang tidak pernah mereka miliki sebelumnya. (Mereka juga membuat tag <blink> yang terkenal.) { -brand-name-microsoft } membalas dengan Cascading Style Sheets (CSS), yang menjadi standard untuk reka bentuk halaman web.
# Variables:
# $dino (url) - https://medium.com/@ddprrt/tales-from-the-browser-wars-mozilla-stomps-internet-explorer-799035887cb1
browser-history-things-got-a-little = Keadaan menjadi sedikit tidak terkawal pada tahun 1997 apabila { -brand-name-microsoft } mengeluarkan { -brand-name-ie } 4.0. Pasukan itu telah membina sebuah huruf "e" yang besar dan menyusupkannya ke halaman ibu pejabat { -brand-name-netscape }. Pasukan { -brand-name-netscape } segera menumbangkan "e" raksasa tersebut dan meletakkan maskot dinosaur { -brand-name-mozilla } mereka di atasnya.
# Variables:
# $mozilla (url) - https://en.wikipedia.org/wiki/Mozilla
# $marketshare (url) - https://en.wikipedia.org/wiki/Internet_Explorer#Market_adoption_and_usage_share
browser-history-then-microsoft-began = Kemudian { -brand-name-microsoft } mula menghantar { -brand-name-ie } bersama sistem operasi { -brand-name-windows } mereka. Dalam masa 4 tahun, ia telah memiliki 75% pasaran dan menjelang tahun 1999 ia telah memiliki 99% pasaran. Syarikat itu menghadapi litigasi antitrust atas tindakan tersebut dan { -brand-name-netscape } memutuskan untuk membuka sumber pangkalan kodnya dan mewujudkan { -brand-name-mozilla } yang bukan untuk keuntungan, yang kemudiannya terus membuat dan mengeluarkan { -brand-name-firefox } pada tahun 2002. Atas kesedaran bahawa memonopoli pelayar tidak memberi faedah kepada pengguna dan web terbuka, { -brand-name-firefox } diwujudkan untuk memberi pilihan kepada pengguna web. Menjelang tahun 2010, { -brand-name-mozilla } { -brand-name-firefox } dan yang lain telah mengurangkan bahagian pasaran { -brand-name-ie } kepada 50%.
browser-history-other-competitors = Pesaing lain muncul pada akhir 90-an dan awal 2000-an, termasuk { -brand-name-opera }, { -brand-name-safari } dan { -brand-name-google } { -brand-name-chrome }. { -brand-name-microsoft } { -brand-name-edge } telah menggantikan { -brand-name-ie } dengan keluaran { -brand-name-windows } 10 pada tahun 2015.
browser-history-browsing-the-web = Pelayaran Web Hari Ini
# Variables:
# $applications (url) - https://blog.mozilla.org/firefox/no-judgment-digital-definitions-app-vs-web-app/
browser-history-today-there-are = Hari ini terdapat hanya beberapa cara untuk mengakses internet. { -brand-name-firefox }, { -brand-name-google } { -brand-name-chrome }, { -brand-name-microsoft } { -brand-name-edge }, { -brand-name-safari } dan { -brand-name-opera } ialah pesaing-pesaing utama. Peranti mudah alih telah muncul sejak sedekad lalu sebagai cara yang lebih digemari untuk mengakses internet. Hari ini, kebanyakan pengguna internet hanya menggunakan pelayar dan aplikasi mudah alih untuk masuk ke dalam talian. Versi mudah alih pelayar utama tersedia untuk peranti { -brand-name-ios } dan { -brand-name-android }. Walaupun aplikasi ini sangat berguna untuk tujuan tertentu, ia hanya menyediakan akses yang terhad ke web.
# Variables:
# $vr (url) - https://mixedreality.mozilla.org/
browser-history-in-the-future-the = Pada masa akan datang, web mungkin akan semakin jauh daripada asal usul hiperteksnya untuk menjadi lautan pengalaman interaktif yang luas. Realiti maya telah digunakan sejak beberapa dekad lalu (sekurang-kurangnya sejak Lawnmower Man dikeluarkan pada tahun 1992 dan Nintendo Virtual Boy pada tahun 1995), tetapi web mungkin akhirnya dapat membawakannya kepada orang ramai. { -brand-name-firefox } kini mempunyai sokongan untuk WebVR dan A-Frame, yang membolehkan pembangun membina laman web realiti maya dengan cepat dan mudah. Kebanyakan peranti mudah alih moden menyokong WebVR dan dengan mudah dapat digunakan sebagai set kepala dengan bekas kadbod yang ringkas. Web realiti maya 3D seperti yang dibayangkan oleh pengarang fiksyen sains Neal Stephenson mungkin akan jadi nyata tidak lama lagi. Jika itu yang berlaku, pelayar web itu sendiri mungkin akan hilang sepenuhnya dan menjadi tetingkap sebenar untuk ke dunia lain.
browser-history-in-the-future-the-v2 = Pada masa hadapan, internet bakal menjadi sebuah lautan pengalaman interaktif yang jauh berbeza daripada asal-usul hiperteks yang sedia ada. Realiti maya telah pun wujud berdekad yang lalu (sejak Lawnmower Man dan Nintendo Virtual Boy diterbitkan pada 1992 dan 1995), namun internet akan menjadikannya mudah diakses oleh lebih ramai orang. { -brand-name-firefox } kini menyokong WebVR dan A-Frame, yang membolehkan pembangun membina laman web realiti maya dengan cepat dan mudah. Kebanyakan peranti mudah alih moden menyokong WebVR dan dapat digunakan sebagai set kepala dengan mudah menggunakan kadbod ringkas. Internet realiti maya 3D seperti yang pernah dibayangkan oleh pengarang fiksyen sains Neal Stephenson akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Apabila ini berlaku, pelayar web itu sendiri mungkin akan hilang sepenuhnya dan menjadi tetingkap sebenar untuk ke dunia lain.
browser-history-whatever-the-future = Apa pun yang akan berlaku dengan web pada masa depan, { -brand-name-mozilla } dan { -brand-name-firefox } akan sentiasa menyokong pengguna, memastikan mereka mempunyai alat yang cukup hebat untuk mendapatkan pengalaman web dan semua yang ada padanya. Web adalah untuk semua orang dan semua orang perlu mempunyai kawalan terhadap pengalaman dalam talian mereka. Itulah sebabnya kami memberikan alatan { -brand-name-firefox } untuk melindungi privasi pengguna dan kami tidak pernah menjual data pengguna kepada pengiklan.
browser-history-resources = Sumber
browser-history-take-control-of = Kendalikan pelayar anda.