Skip to content

Releases

Bisik 2.2.1

Choose a tag to compare

@khairul-gigventure khairul-gigventure released this 20 Aug 06:55

Bisik 2.2.1

Dua pembetulan pada had rakaman.

  • Had naik dari 90 saat ke 5 minit. Diktasi panjang tidak lagi terpotong di tengah ayat.
  • Bar memberi amaran sebelum memotong. Sepuluh saat terakhir, ia kira menurun — "Berhenti dalam 7s — had rakaman" — dan pemasa bertukar amber. Sebelum ini potongan itu berlaku senyap, jadi anda hanya perasan bila teks berhenti awal, dan pada masa itu sudah hilang jejak di mana ayat terputus.

Peringatan: mod hands-free

Ramai tak perasan ini wujud. Double-tap Right ⌥ (dua tap laju), lepas — bar bertukar jadi "Hands-free…" dan Bisik terus mendengar tanpa anda memegang apa-apa. Tekan Right ⌥ sekali lagi untuk berhenti dan taip.

Tahan biasa (hold-to-talk) masih berfungsi seperti sebelum ini.

Pemasangan

macOS 13 ke atas, Apple Silicon. Pengguna sedia ada akan ditawarkan kemas kini ini secara automatik dalam masa 24 jam, atau serta-merta melalui menu → Check for Updates.

Bisik 2.2

Choose a tag to compare

@khairul-gigventure khairul-gigventure released this 20 Aug 04:15

Bisik 2.2 untuk Mac

Keluaran ini pasal satu perkara: kelajuan.

  • Masa tunggu median jatuh dari 5.3 saat ke sekitar 0.7 saat untuk diktasi pendek hingga sederhana. Kalau anda berhenti sekejap sebelum lepas kekunci, teks selalunya sudah tertampal.
  • Mod pantas kini ikut jeda anda, bukan jam. Sebelum ini snapshot diambil setiap 1.1 saat, jadi hampir setiap satu jatuh di tengah perkataan dan terbuang begitu sahaja. Kini ia hanya menghantar bila ada ekor senyap — kerja yang dibuat benar-benar terpakai.
  • Tetingkap encoder ikut panjang rakaman. Diktasi 2 saat tidak lagi membayar kos pemprosesan 30 saat. Diukur pada M4 (turbo q8): klip 3.1s 1.13s → 0.59s, klip 9.1s 1.27s → 0.69s. Rakaman panjang kekal guna context penuh — pada 21.3s, memotong context menaikkan masa ke 8.5s dan menghilangkan perkataan, jadi ia tidak dipotong.

Selain kelajuan:

  • Saiz bar terapung boleh pilih — kecil, sedang atau besar
  • Pemilih model terus dalam menu, tanpa perlu masuk Tetapan
  • Batal tampalan terakhir dengan ⌃⌥⌘Z
  • Eksport sejarah ke Markdown atau CSV

Nombor versi

Mulai keluaran ini, Mac dan Windows berkongsi satu nombor versi. Mac naik dari 2.0 ke 2.2; Windows naik dari 0.3 ke 2.2 supaya sepadan. Nombor yang sama tidak bermakna kedua-dua platform sama matang — port Windows masih jauh lebih muda.

Pemasangan

macOS 13 ke atas, Apple Silicon. Build beta belum dinotarize oleh Apple, jadi pada pembukaan pertama: buka Bisik, kemudian System Settings → Privacy & Security → Open Anyway. Sekali sahaja.

Pengguna 2.0 akan ditawarkan kemas kini ini secara automatik dalam masa 24 jam.

Bisik 2.3.1 untuk Windows

Pre-release

Choose a tag to compare

@khairul-gigventure khairul-gigventure released this 28 Aug 07:58

Bisik 2.3.1 untuk Windows

Dictation sepatutnya terasa lebih pantas

Seorang pengguna melaporkan dictation di Windows terasa lambat berbanding Wispr
Flow. Laporan itu betul, dan puncanya bukan pepijat — ia perbezaan seni bina.

Versi Mac memproses suara pada GPU. Versi Windows memproses pada CPU,
kerana whisper.cpp tidak menyediakan binari GPU yang berfungsi merentas semua
kad grafik Windows. Tetapan enjin pula diwarisi bulat-bulat daripada versi Mac,
termasuk tetapan yang hanya percuma apabila ada GPU.

Versi ini membetulkan tetapan tersebut untuk CPU:

  • Enjin melakukan lebih sedikit kerja bagi setiap ayat, dengan pertukaran
    ketepatan yang kami jangka kecil.
  • Komputer dua teras tidak lagi diarahkan menjalankan lebih banyak kerja
    serentak daripada yang termampu. Sebelum ini mesin paling perlahan yang
    paling terjejas.
  • Mod pantas kini dihidupkan secara lalai. Ia mula menyalin ayat anda
    semasa anda masih bercakap, jadi teks lebih hampir sedia sebaik anda
    lepaskan kekunci.

Kalau anda sudah pasang versi sebelum ini

Mod pantas tidak akan hidup dengan sendirinya — tetapan sedia ada anda
dikekalkan. Hidupkan melalui ikon tray → Mod pantas. Ini kemungkinan besar
bahagian yang paling terasa.

Jujur tentang hadnya

Ini peningkatan sederhana, bukan penyelesaian penuh. Model yang Bisik guna
melakukan sebahagian besar kerjanya di bahagian yang tidak disentuh oleh
perubahan ini. Untuk benar-benar merapatkan jurang dengan perkhidmatan awan,
pilihannya ialah model yang lebih kecil atau sokongan GPU — dan keputusan itu
bergantung pada nombor daripada anda.

Kami masih perlukan dua nombor

Kerja kelajuan setakat ini diukur pada Mac sahaja. Tiada seorang pun daripada
kami mempunyai mesin Windows untuk mengukurnya.

  1. Sebelum menghidupkan Mod pantas: buat 5–10 diktasi biasa, buka
    Dashboard → Utama, catat purata masa tunggu.
  2. Selepas menghidupkannya: ulang, catat nombor baharu.

Hantar dua nombor itu di Issues
bersama model PC anda, dan sama ada anda mempunyai GPU NVIDIA.

Dan kalau anda perasan transkripsi menjadi kurang tepat untuk ayat rojak
BM–English, beritahu kami. Kami menukar satu tetapan ketepatan untuk mendapatkan
kelajuan, dan kami perlu tahu kalau pertukaran itu terlalu jauh.

Nota pemasangan

Installer belum ditandatangani, jadi SmartScreen akan memaparkan amaran. Klik
More info → Run anyway. Pemasangan adalah per-pengguna, jadi ia tidak
meminta kebenaran admin.

Kalau anda masih menggunakan pemasangan MSI lama di Program Files, ia tidak
boleh
mengemas kini sendiri — pasang sekali lagi dengan Bisik-win-Setup.exe.

Had yang diketahui

  • AI Polish dan live preview belum ada.
  • Port Windows masih lebih muda daripada versi Mac walaupun nombor versinya sama.

Windows 10/11 64-bit.

Bisik 2.3 untuk Windows

Pre-release

Choose a tag to compare

@khairul-gigventure khairul-gigventure released this 20 Aug 08:59

Bisik 2.3 untuk Windows

Bisik kini mengemas kini dirinya sendiri

Sebelum ini tiada cara untuk tahu ada versi baharu melainkan anda datang ke bisik.co sendiri. Mulai versi ini, Bisik menyemak di latar belakang dan memberitahu anda bila ada kemas kini — anda yang pilih bila hendak memasangnya, dari menu ikon tray.

Kemas kini hanya memuat turun bahagian yang berubah. Pemasangan penuh hampir 900MB kerana model AI disertakan, tetapi kemas kini biasa hanya beberapa ratus kilobait.

Had rakaman 5 minit + amaran

  • Had satu rakaman naik dari 90 saat ke 5 minit.
  • Sepuluh saat terakhir, bar kira menurun ("Berhenti dalam 7s"). Sebelum ini rakaman terpotong senyap dan anda hanya perasan bila teks berhenti awal.

Kalau anda sudah pasang versi lama

Versi lama dipasang dengan installer MSI ke Program Files, dan pemasangan jenis itu tidak boleh mengemas kini sendiri. Pasang sekali lagi dengan Bisik-win-Setup.exe di bawah untuk mendapat auto-update.

Tetapan, kamus peribadi dan sejarah anda tidak hilang — semuanya disimpan berasingan daripada folder pemasangan.

Selepas anda sahkan versi baharu berjalan, nyahpasang yang lama melalui Settings → Apps → Bisik, supaya tidak ada dua salinan berjalan serentak.

Nota pemasangan

Installer belum ditandatangani, jadi SmartScreen akan memaparkan amaran. Klik More info → Run anyway. Pemasangan kini per-pengguna, jadi ia tidak lagi meminta kebenaran admin.

Masih kami perlukan: dua nombor

Kerja kelajuan diukur pada Mac sahaja. Kami masih belum tahu sama ada Mod pantas patut jadi default pada Windows:

  1. Buat 5–10 diktasi biasa, buka Dashboard → Utama, catat purata masa tunggu.
  2. On-kan Mod pantas (ikon tray → Mod pantas), ulang, catat purata baharu.
  3. Hantar dua nombor itu di Issues dengan model PC anda.

Had yang diketahui

  • Auto-update ini belum pernah diuji pada mesin Windows sebenar — ia dibina dan disahkan dari macOS. Kalau ia gagal, beritahu kami di Issues dan pasang versi seterusnya secara manual.
  • AI Polish dan live preview belum ada.
  • Port Windows masih lebih muda daripada versi Mac walaupun nombor versinya sama.

Windows 10/11 64-bit.

Bisik 2.2.1 untuk Windows (versi awal)

Pre-release

Choose a tag to compare

@khairul-gigventure khairul-gigventure released this 20 Aug 06:58

Bisik 2.2.1 untuk Windows (versi awal)

Dua pembetulan pada had rakaman, sama seperti versi Mac.

  • Had naik dari 90 saat ke 5 minit. Diktasi panjang tidak lagi terpotong di tengah ayat.
  • Bar memberi amaran sebelum memotong. Sepuluh saat terakhir, ia kira menurun — "Berhenti dalam 7s — had rakaman". Sebelum ini potongan itu berlaku senyap.

Cara kemas kini

Muat turun MSI di bawah dan pasang atas pemasangan sedia ada — versi lama dibuang secara automatik, tak perlu uninstall dahulu. Tetapan, kamus dan sejarah anda kekal.

Windows belum ada auto-update. Anda perlu datang ke sini atau ke bisik.co untuk dapatkan versi baharu. Ini antara perkara yang kami sedang cuba selesaikan.

Masih kami perlukan: dua nombor

Kerja kelajuan dalam 2.2 diukur pada Mac sahaja. Kami masih belum tahu sama ada Mod pantas patut jadi default pada Windows:

  1. Buat 5–10 diktasi biasa, buka Dashboard → Utama, catat purata masa tunggu.
  2. On-kan Mod pantas (ikon tray → Mod pantas), ulang, catat purata baharu.
  3. Hantar dua nombor itu di Issues dengan model PC anda.

Had yang diketahui

  • Installer belum ditandatangani — SmartScreen akan beri amaran. Klik More info → Run anyway.
  • Tiada auto-update.
  • AI Polish dan live preview belum ada.
  • Port Windows masih jauh lebih muda daripada versi Mac walaupun nombor versinya sama.

Windows 10/11 64-bit. Installer MSI, sekitar 900MB (model AI disertakan supaya ia berfungsi tanpa internet).

Bisik 2.2 untuk Windows (versi awal)

Pre-release

Choose a tag to compare

@khairul-gigventure khairul-gigventure released this 20 Aug 04:18

Bisik 2.2 untuk Windows (versi awal)

Kenapa nombornya melompat dari 0.3 ke 2.2

Mulai keluaran ini, Windows dan Mac berkongsi satu nombor versi — supaya senang tahu ciri mana yang sepadan antara dua platform. Keluaran Windows sebelum ini bernombor 0.1 hingga 0.3.

Nombor yang sama tidak bermakna port Windows setanding Mac. Ia masih jauh lebih muda. Had yang diketahui disenaraikan di bawah.

Kalau anda sudah pasang 0.3, installer ini akan membuang versi lama secara automatik — tak perlu uninstall dahulu.

Apa yang ada dalam keluaran ini

Kerja kelajuan yang sama seperti Mac:

  • Tetingkap encoder ikut panjang rakaman — diktasi pendek berhenti membayar kos pemprosesan 30 saat. Aktif untuk semua, tiada toggle.
  • Mod pantas (eksperimen, off secara default) — transkripsi bermula semasa anda masih bercakap.

Dari keluaran terdahulu: dictation penuh (tahan Right Ctrl, cakap, lepas), dashboard dengan Sejarah, kamus peribadi, dan pembelajaran daripada pembetulan anda.

Kami perlukan dua nombor daripada anda

Kerja kelajuan ini diukur pada Mac sahaja setakat ini. Kami tidak tahu sama ada Mod pantas patut jadi default pada Windows, dan kami tidak boleh tahu tanpa nombor dari PC sebenar:

  1. Pasang, buat 5–10 diktasi biasa, buka Dashboard → Utama dan catat purata masa tunggu anda.
  2. On-kan Mod pantas (ikon tray → Mod pantas), ulang 5–10 diktasi, catat purata baharu.
  3. Hantar dua nombor itu di Issues bersama model PC anda.

Itu sahaja yang menentukan sama ada Mod pantas jadi default.

Had yang diketahui

  • Installer belum ditandatangani, jadi SmartScreen akan memaparkan amaran semasa pemasangan. Klik More info → Run anyway.
  • AI Polish dan live preview belum ada.
  • Tiada auto-update lagi — kemas kini perlu dimuat turun sendiri.

Windows 10/11 64-bit. Installer MSI, sekitar 900MB (model AI disertakan supaya ia berfungsi tanpa internet).

Bisik untuk Windows 0.3 (versi awal)

Pre-release

Choose a tag to compare

@khairul-gigventure khairul-gigventure released this 17 Aug 16:45

Bisik untuk Windows 0.3 — versi awal, untuk tester.

Diktasi suara 100% dalam PC anda. Tiada cloud, tiada akaun, tiada suara keluar dari komputer.

Cara guna

Tahan Right Ctrl, cakap, lepas — teks tertampal di kursor. ESC untuk batal.
Dashboard: Ctrl+Alt+D atau double-click ikon tray.

Apa baru dalam 0.3 — kelajuan

  • Tetingkap encoder ikut panjang rakaman (on untuk semua, tiada toggle) — whisper sentiasa proses tetingkap 30 saat, jadi diktasi 2 saat pun bayar bil 30 saat. Rakaman 10 saat ke bawah kini guna tetingkap yang lebih kecil. Pada ujian Mac: klip 3.1s turun 1.13s → 0.59s, klip 9.1s 1.27s → 0.69s, teks serupa. Rakaman panjang sengaja tak disentuh.
  • Mod pantas (eksperimen, off secara default) — Bisik mula transkripsi semasa anda masih bercakap. Bila anda berhenti sekejap sebelum lepas kekunci, teks selalunya dah siap dan ditampal tanpa pusingan kedua. On-kan di ikon tray → Mod pantas.

Teks separuh masak tak pernah sampai ke clipboard: partial hanya ditampal kalau terbukti meliputi seluruh rakaman.

Yang kami perlukan daripada anda (2 nombor sahaja)

  1. Pasang, buat 5–10 diktasi biasa, buka Dashboard → Utama, catat purata masa tunggu.
  2. On-kan Mod pantas (ikon tray), ulang 5–10 diktasi, catat purata sekali lagi.
  3. Hantar dua nombor tu + model PC anda (dan sama ada ada GPU NVIDIA) di Issues.

Sebabnya: reka bentuk kelajuan ni diukur pada Mac (M4), belum diukur pada PC Windows. Dua nombor tu yang menentukan sama ada mod pantas patut jadi default.

Pemasangan

Double-click BisikSetup-0.3.0.msi. SmartScreen akan keluarkan amaran sebab installer belum signed — klik More info → Run anyway. Installer dah bundle enjin suara + model (~870MB), jadi tiada download lain diperlukan dan Bisik boleh guna tanpa internet.

Had yang diketahui

  • App yang run as Administrator block paste — teks tetap ada dalam clipboard, tampal manual dengan Ctrl+V.
  • Right Alt boleh jadi hotkey, tapi kalau keyboard layout guna AltGr, kekal dengan Right Ctrl.
  • Belum ada: AI Polish, live preview, auto-update (update kena download sendiri).
  • Mod pantas belum diukur pada Windows. Kalau ia buatkan diktasi rasa lebih lambat, off balik dan beritahu kami — kegagalan tu memang pernah berlaku pada versi Mac sekali.

Windows 10/11 64-bit.

Bisik 2.0

Choose a tag to compare

@khairul-gigventure khairul-gigventure released this 21 Jul 11:13

Dashboard baru sepenuhnya

Bisik 2.0 membawa wajah baru — dashboard gelap yang kemas dan premium:

Dashboard Bisik 2.0

  • Tema gelap penuh — dashboard kini sentiasa gelap, sepadan dengan bar terapung. Aksen hijau mint yang jelas dan tenang.
  • Halaman Utama disusun semula — kad hero "Jadikan Bisik kenal sebutan anda" (terus ke Kamus), statistik ringkas (jumlah perkataan, WPM, streak), ringkasan kamus peribadi dengan hint kekunci pintasan, dan timeline diktasi harian.
  • Sidebar baharu — lebih kemas, dengan kad "Tanpa had perkataan: semua kekal pada peranti, percuma, tanpa akaun."

Tiada perubahan pada enjin suara — ketepatan dan kelajuan sama seperti 1.9.1. Full visual overhaul: always-dark premium dashboard with a redesigned Home page. Speech engine unchanged.

Nota pemasangan (pengguna baru): klik-kanan → Open pada kali pertama, kemudian benarkan Mikrofon dan Kebolehcapaian. Pengguna sedia ada akan menerima update ini secara automatik.

Bisik 1.9.1

Choose a tag to compare

@khairul-gigventure khairul-gigventure released this 20 Jul 13:22

Penting: sokongan macOS 13+ dipulihkan

Binari v1.9 tersilap dikunci pada macOS 26 sahaja — sesiapa pada macOS 13–15 akan crash sebaik sahaja buka app, walaupun installer nampak berjaya. v1.9.1 membetulkan ini: Bisik kini benar-benar jalan pada macOS 13 Ventura dan ke atas (Apple Silicon). The v1.9 binaries were accidentally locked to macOS 26; v1.9.1 restores macOS 13+ support.

Penambahbaikan lain

  • Bar terapung kini ikut bahasa antara muka sepenuhnya (sebelum ini sesetengah teks kekal BM walaupun UI English)
  • Label hands-free tunjuk kekunci pintasan sebenar anda, bukan "Option" sahaja
  • Buka Tetapan tidak lagi menyebabkan enjin suara restart tanpa sebab (~5 saat dijimatkan)
  • Tap kekunci yang tidak sengaja kini dibuang senyap, tiada lagi mesej "tiada apa didengari" yang mengelirukan
  • Pembetulan yang dipelajari kekalkan huruf besar awal ayat ("Kempen…" → "Campaign…", bukan "campaign…")

Bisik 1.9

Choose a tag to compare

@khairul-gigventure khairul-gigventure released this 17 Jul 00:24

Bar rakaman baharu yang lebih kemas — 60% lebih kecil, tak mengganggu skrin. New compact recording bar, 60% smaller.

Ejaan "Bisik" kini betul — kamus jenama terbina dalam; pembetulan anda sendiri sentiasa diutamakan. Brand dictionary built in; your own corrections always win.